Sistem ukuran Unit ukuran

Sebelum penggunaan sejagat akan sistem metrik, banyak sistem ukuran yang berbeza digunakan. Kebanyakannya dikaitkan dengan sesuatu takat atau yang lainnya. Lazimnya, ia dikaitkan dengan matra jasad manusia. Sebagai kesannya, unit ukuran boleh berbeza bukan sahaja dari tempat ke tempat, tetapi turut daripada orang perseorangan.

Beberapa sistem metrik bagi unit telah berkembang sejak penggunaan sistem metrik asli di Perancis pada tahun 1791. Sistem metrik piawai antarabangsa kini adalah Sistem unit antarabangsa. Ciri penting bagi sistem moden adalah pemiawaian. Setiap unit mempunyai saiz yang sama semuanya.

Kedua-dua unit imperial dan unit kebiasaan Amerika Syarikat terbit daripada unit Inggeris. Unit imperial dahulunya sering digunakan oleh Komanwel British dan bekas Empayar British. Unit kebiasaan Amerika Syarikat adalah sistem ukuran utama di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, beberapa langkah pemetrikan telah dibuat.

Sistem di atas adalah berdasarkan unit sembarangan yang dijadikan rasmi dan piawai. Beberapa nilai unit adalah semula jadi dalam sains. Sistem unit yang berdasarkan unit-unit yang tersebut dipanggil unit semula jadi. Sama juga dengan unit semula jadi, unit atom (au) adalah sistem unit ukuran yang sesuai digunakan dalam fizik atom.

Juga terdapat banyak unit pelik dan tidak piawai yang ditemui. Ini termasuklah: tan TNT, bom atom Hiroshima dan berat seekor gajah.